Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Terasa semakin hampir~

Assalamualaikum w.b.t..

Sudah terlalu lama rasanya tidak mencoret di blog ini. Setahun mungkin.. Akhir-akhir ini perasaan takut mengenai kematian kian kuat mencengkam diri. Terlalu takut hingga menitiskan air mata. Apabila mengingatkan bahawa diri ini terlalu banyak melakukan dosa. Takut dengan azab di dalam kubur dan sebagainya yang mengerikan. Aku hamba yang lemah yang berulang kali melakukan dosa. Kadang hati kecil ini terfikir, masih adakah keampunan daripada Allah Taala. Bukanlah aku melakukan dosa besar tetapi dosa tetap dosa dan aku hanya mengharapkan keampunan dari Ilahi. Keampunan yang mampu melayakkan aku berada di syurgaNya. 

  Waktu aku membakar sampah di waktu pagi semasa bulan lepas. Sungguh panas membahang menyambar muka membuatkan aku terfikir, "macam mana la bila Allah humban di dalam api neraka nanti?' Memang menakutkan bila memikirkan kita yang sering lemah berulangkali melakukan dosa tanpa rasa malu kemudian memohon keampunan kepada Allah. 

   Kadang hati terasa sayu.. dua tiga hari ini terasa maut seolah-olah makin menghampiri. Itu semua rahsia Allah. Kita hanya perlu mempersiapkan diri supaya dapat menjadi bekalan nanti. Mungkin hari ini, mungkin esok, atau lusa segalanya masih rahsia. Tapi, apa-apapun semuanya sudah tertulis sejak kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita tentang jodoh, ajal , rezeki dan lain-lain. 

  Makin difikir makin terasa takut. Macam mana bila ketiadaan aku. adakah yang akan menangisi ataupun seperti tiada apa yang berlaku. Ku rasa hanya beberapa orang yang boleh dikira dengan jari sahaja yang akan benar-benar terasa ketiadaanku. Tidak mengapalah, asalkan orang yang mengenaliku berbahagia dan lebih elok begitu. Tidak perlu menangisi kerana lebih sukar untuk aku meninggalkan mereka pergi menemui Ilahi.

  Bila aku terbaca blog Yasmin Hunwick membuatkan aku lebih takut kerana begitu muda sudah dijemput Ilahi. Seorang gadis yang belum betul-betul kenal dunia membuatkan aku merasa sedih walaupun tidak mengenali arwah. Semoga rohnya tenang di sana. Kepada ibu bapanya mereka perlu redha. Tetapi bercakap sememangnya senang tetapi orang yang menanggungnya akan terasa sedih. InsyaAllah dengan keredhaan ibu bapanya arwah pasti aman dan sejahtera di alam yang satu itu. Tidak kira muda atau tua jika Dia ingin menjemput kita sebagai hambanya apalah daya kita melawan takdir. Jangan begitu lancar mulut berkata, "kalau aku elak mesti benda ni takkan jadi". Itu semua sememangnya sudah ditakdirkan tetapi soal ajal dan maut sememangnya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Siapa kita untuk persoalkan. Sebagai hamba kita hanya perlu persiapkan bekalan.

  Fikir-fikirkan samada amalan yang kita lakukan sepanjang hidup kita ini adakah sudah cukup untuk berdepan dengan Allah? atau menjawab soalan Mungkar dan Nangkir? Bagaimana pula dengan maksiat yang kita sering lakukan samada sedar mahupun tidak? Bila difikirkan dosa yang dilakukan membuatkan diri terasa sebak. Aku hamba yang lemah.. Tidak mampu melawan nafsu. Begitu kerdil kurasakan untuk berhadapan denganMu Ya Allah. Sehingga merasakan segala nikmat yang diberikan tidak layak aku terima. 

   Iman kita ada naik turunnya. Bila iman sedikit meningkat akan terasa menyesal dengan perbuatan lalu. Apabila alpa akan diulangi segala dosa tanpa rasa segan silu. Walaupun ku tahu Engkau Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Walau bagaimanapun, ku tahu kasih sayangMu mengatasi kemurkaanMu. Aku pohon ampun kepadaMu Ya Allah. Engkaulah Tuhan yang Maha Mengasihani lagi Maha Pemberi Rahmat. Berkatilah kehidupanku. Kau tetapkanlah hatiku ini supaya sentiasa terikat denganMu. Engkau jadikanlah aku seorang yang tawaduk dalam memperjuangkan agama yang diredhaiMu ini Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan iman untuk hambaMu yang lemah dan hina ini.

Coretan rasa hati hamba yang lemah,
~iLi HaNaNi RuHaiMi~


Sunday, April 5, 2009

selesai 1 tugas dan kematian seorang kenalan...

hari ni penuh kebingungan..
rs kosong..penat..kepala berat,pusing,pening..
Alhamdullialh..arini dah abih program Jejak Varsiti Warisan Bersama 2009..
hepi gak arr..n sedih skit...sebab program dah abih..
tugas sebagai "fasililator" bak kata dayah, dah selesai dah...

n td waktu maghrib dapat berita..
Lyna kwn my ex bf..
dah meninggal sebab kanser hati..
walaupun x pernah jumpa arwah..
tp tetap sedey..
sedey kat abg atan sama..
hermm..
sumanya di tgn Allah..
kita sebagai hamba x mampu melwan takdir yg telah tertulis dalam loh mahfuz..
wlupn muda lg..Allah dah tarik nyawanya..
jgn ingt kita muda,ajal kita lmbt lagi..
kematian membuatkan kita insaf..
tetapi selalunya,keinsafan hanya sekejap cuma..
lepas 2 kita kan alpa oleh arus dunia semula..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas allahyarhamah Lyna..

jangan sangka kita muda maut xkan menjemput kita..
kerana segalanya ada pada kuasa yang Maha Esa..
Wallahualam..


Al-Fatihah utk Arwah...