Sunday, March 27, 2011

~Love your Life~




Waktu benar2 cepat berlalu..
sekelip mata aku dah 24 Tahun..
Pelbagai perkara pahit manis berlaku dalam hidup..
dari zaman kanak-kanak yang tak berapa manis..
zaman remaja yang agak kelat..
sehingga sekarang sudah dewasa..
kelihatan ada sedikit sinar di hujung terowong..
Boleh dikatakan sekarang sudah sampai ke Zaman Renaissance agaknya..
Kadang ketawa sendirian memikirkan kenangan..
Tapi..rasanya air mata yang lebih banyak berguguran..

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Kata-kata itu sering diungkapkan di dalam hati..
Cuba dipujuk hati sendiri..
Barangkali lebih terasa lega
Apabila dalam kesusahan..
Apabila hidup dilanda ujian..
Apabila sedang dalam kesedihan..
Kata2 itu yang meniupkan semangat agar terus kuat..
Walau betapa sukar harungi liku-liku kehidupan..
Harus dicuba lupakan segala kepahitan..
Tiada yang rugi untuk dilepaskan..
Mungkin lebih tenang bila berbuat demikian

Begitu juga aku..
Mencuba untuk tidak toleh kebelakang..
Kerana terlalu gelap kurasakan..
Hanya yang manis akan ku kenang..
Segala yang pahit eloklah dibuang..
Pastinya nanti akan temui kebahagiaan..
Segala yang pahit akan bertukar menjadi manis..
Cuma sabar..dan terus bersabar..dan terus bersabar..
InsyaAllah..


~Ihsan dari Go0gle~

>iLi<


2 comments:

ayu.kh said...

gmbaq tu mc ayu ja? haha

Lilo_ToMaTo said...

poyo arr...bukan hang la..hidung ang x setinggi dia..hahaha~ gambaq random ihsan incik google~ wehwehweh~