Saturday, January 10, 2009

Duniawi..Ukhrawi..

kadang2 kita terlalu alpa dgn dunia..
sampaikan kita selalu melupakan kpd Yang Maha Esa sbg pencipta..
manusia sering mengejar duniawi tanpa mementingkan ukhrawi..
duniawi dan ukhrawi perlu diseimbangi..
supaya kita tidak ketinggalan di dunia dan mempunyai bekalan yg cukup utk kita bertemu dgn Maha Pencipta di akhirat kelak..

Manusia..selalu hanyut dgn dunia dan bergelumang dgn dosa noda dunia
menjadi hamba duit tanpa sedar tanggungjawab sebagai hamba kpd Pencipta..
Manusia seringkali terlupa kepada Tuhan yang sepatutnya sentiasa diingati..
Dunia sekarang yang sudah semakin tua dan hanya menunggu masa untuk hancur..
dengan sikap manusia yang seringkali melupakan kepadaNya tanpa sedar dengan detik masa yang semakin sampai ke penghujungnya..
Mereka seakan2 leka dengan syurga dunia tetapi juga belum sedar syurga dunia ini hanyalah sementara jika hndk dibandingkan dengan syurga Allah yg telah dijanjikan dan abadi selamanya..
Sedarlah wahai manusia..hidup di dunia hanya sementara..
Akhirat jua kekal abadi..
sekadar renungan sesama kita..
bukan untuk menasihati kerana diri ini juga tidak sempurna dan masih perlu dibimbang..
yang baik datang drpd Allaah yang buruk datang drpd diri ini yang lemah sebagai hambaNya..
Wallahualam..

No comments: